MEKAR SATU PENGENALAN
MEKAR atau lebih di kenali Mesra Kembara merupakan Program tahunan yang di adakan pada Musim Bunga (Easter). Ianya bermula pada tahun 2009 lagi oleh sekumpulan pelajar-pelajar di United Kingdom & Eire bertujuan merapatkan ukhwah serta mengisi waktu cuti Musim Bunga dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat.
MEKAR berkonsepkan program santai berteraskan ilmu dan menekankan aspek pembinaan fikrah, kekuatan jasmani serta pengukuhan rohani. Dalam merealisasikan aspek ini, pelbagai aktiviti dianjurkan seperti kuliah ringkas, outdoor trekking, archery, program memasak, diskusi kumpulan, pembentangan kumpulan, persembahan anak-anak, dan pelbagai lagi.
MEKAR juga berkonsepkan pendidikan untuk semua. Ianya adalah kombinasi program yang terdiri dari pelajar undergraduate, post-graduate, bekerja dan tidak di lupakan adalah program bagi anak-anak dari pelbagai lapisan umur. Dengan penglibatan semua peringkat, ianya dapat mengeratkan hubungan semasa pelajar dan membawa mereka kepada realiti sebenar kehidupan yang memerlukan kita saling bekerjasama dan saling lengkap-melengkapi.
Pada tahun ini, insyaAllah MEKAR akan diadakan sekali lagi pada 27/3 hingga 1/4 2013 nanti. Terdapat sedikit kelainan dari segi pelaksanaan MEKAR 13 di mana ianya akan di bahagikan kepada 2 bahagian utama.
Bahagian 1 (Part 1) akan di adakan di The University of Warwick, UK bermula 27 Mac 2013 dan akan berakhir pada 29 Mac 2013. Pendekatan Part 1 lebih kepada konsep pengisian ilmu dan menjurus kepada pembinaan anak-anak muda terutamanya adik-adik undergraduate. Suasana lebih menumpu kepada indoor program dan diskusi kumpulan sahaja.
Manakala Bahagian 2 (Part 2), akan di adakan di Beaumanor Park, Loughborough bermula 29 Mac 2013 hingga 1 April 2013. Pendekatan Part 2 adalah lebih kepada konsep aktiviti luar (outdoor acitivity) tanpa melupakan asas ilmu. Disebabkan pada Part 2 ianya akan disertai oleh pelbagai lapisan peserta (UG, PG dan anak-anak) tema perbincangan adalah lebih menjurus kepada bagaimana membina hidup berkeluarga, Baitul Muslim, Halaqah Keluarga, Tarbiyatul Aulad, dan sebagainya. Kesemua bahan ini akan diadun dengan konsep santai musim bunga dan tidak terlalu menekankan aspek akademik yang tinggi. Ianya lebih kepada memberi ruang kepada peserta menikmati suasana musim bunga dan riadah ringan di bumi permaisuri ini serta saling kenal mengenal di antara satu sama lain.
Wallahu'alam. Mudah-mudahan, dengan penjelasan terkait MEKAR ini, bakal peserta MEKAR 13 mendapat sedikit gambaran bagaimana ianya diadakan setiap tahun di bumi permaisuri ini. Semoga pertemuan kita nanti akan menjadi pertemuan penuh makna yang mengeratkan ukhwah sesama kita.
"The Pursuit of True Happiness"
Semoga bertemu nanti...
Wassalam.

No comments:
Post a Comment